Ahwalus Syakhsiyah

KEUNGGULAN KELUARGA PENCETUS MINDA KELAS PERTAMA

1.Hujah saya yang pertama, berpaksikan peranan dan didikan dari ibu bapa.

Ibu bapa perlulah memberi pendidikan  dan kasih sayang yang sempurna kepada anak dalam usaha melahirkan generasi madani dan insan rabbani.
Rasulullah sendiri sebagai contoh bapa dan pemimpin yang baik dalam keluarga. Baginda mampu mendidik anak-anak dan isteri menjadi insan teladan yang mewarisi akhlak baginda.

Sabda Rasulullah :

2.Hujah saya yang kedua, keunggulan keluarga merujuk bergantung  kepada kuatnya ikatan ukhuwah dan kasih sayang dalam keluarga.

Keluarga yang unggul adalah keluarga yang tersemai di dalamnya jalinan tali silaturrahim yang kuat dan padu, mewah dengan rasa kasih sayang yang tulus dan suci. Ini akan mewujudkan suasana saling hormat menghormati di antara satu sama lain justeru melahirkan anak-anak cerdas dan sihat.
Kita imbau keunggulan peribadi Mariam, ibu kepada manusia unggul Nabi Isa. Tingginya peribadi terhasil daripada didikan seorang ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa pasrah dengan ketentuan Allah.
Lahirnya angkasawan pertama Malaysia, Sheikh Muzzafar Syukor adalah menifestasi dari sebuah keluarga yang tersemai di dalamnya rasa kasih sayang yang utuh.

Firman Allah :


Surah Muhammad, ayat 22

3.Hujah saya yang ketiga, di bawah kata kunci didikan yang sempurna dalam keluarga.

Keluarga merupakan lingkungan atau  unit masyarakat yang kecil yang berperanan sebagai satu lembaga yang menetukan corak dan bentuk masyarakat. Institusi keluarga yang unggul mestilah dimanfaatkan sebagai tempat  menjana untuk menjana nilai-nilai kekeluargaan dan kemanusiaan. Dengan itu, sebuah institusi keluarga akan mampu melahirkan individu yang mempunyai minda yang cerdas dan terbuka. Tentu kita tidak mahu melihat gejala-gejala sosial yang sedang melanda negara kita terus melanda generasi muda harapan negara.
Contohnya sidang hadirin sekalian, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia telah mendedahkan, pada permulaan tahun 2005 sahaja, telah lebih dari 745 kes pelbagai jenayah seperti rogol, bunuh, keganasan, samun, curi kenderaan dan lain-lain lagi yang dilaporkan adalah melibatkan remaja bawah umur 18 tahun.
Namun, sekiranya kita soroti zaman remaja tokoh ilmuan kita Imam Ghazali, beliau telah muncul sebagai tokoh yang bijak dalam falsafah dan pemikiran hasil dari didikan yang sempurna dari sebuah keluarga .

Hujah saya yang keempat,keluarga yang unggul melahirkan anak yang berkeyakinan dan percaya pada diri awak sendiri.

Kasih sayang dan rasa aman bahagia  serta perhatian yang dirasakan oleh seorang ahli keluarga khususnya anak-anak dalam keluarga akan memberi kepadanya keyakinan dan kepercayaanpadadiri sendiri untuk menghadapi persoalan dan masalah dalam hidup.
Keyakinan yang ada padadiri rasulullah dalam memperjuangkan ajaran Islam adalah bertitik tolak dari didikan sebuah keluarga yang sempurna.



Kesempurnaan Ibadah Tonggak keunggulan Ummah

Hujah saya yang pertama, Kesempurnaan ibadah menjana Jati diri muslim

Kesempurnaan ibadah adalah penting dalam melahirkan muslim yang sejati yang mampu menangkis dakyah-dakyah yang menyesatkan pemikiran umat Islam masa kini. Ibadah yang berkualiti adalah tunjang kepada pembangunan insane dan akan membentuk bent
Misalnya, pentarbiahan sejak dari kecil lagi dalam melakukan ibadat dengan sempurna adalah perlu dalam diri anak-anak. Ini merupakan satu langkah memantapkan diri anak-anak tersebut dalam menghadapi mehnah dan tribulasi masa kini.
Kita renungi ketokohan panglima Islam suatu ketika dulu, saidina Khalid al-walid yang tidak perah gentar dengan musuh dan lawan dan menjadikan syahid sebagai imian lantaran kesempurnaan ibadah yang diamalkan.

Firman Allah :

Surah Al-Kahfi, ayat 16

Hujah saya yang kedua, Kesempurnaan Ibadah benteng maksiat dan kemungkaran

Ibadah yang sempurna menjadi alat untuk memperkukuhkan akhlak dan menjadi benteng bagi mencegah kemungkaran.

Kemelut yang melanda social sekarang adalah berpunca drp kurangnya amalan serta pincangnya ibadat yang dilakukan. Mana mungkin suatu amalan yang dilakukan mampu mencegah seseorang daripada kemaksiatan sekiranya ia dilakukan umpama melepaskan batuk ditangga.

Kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku pada kebinasaan kaum Nabi Lut dek kerana rakusnya umat tersebut dalam melakukan maksiat. Sanggupkah kita hadirin dan hadirat sekelian untuk menghadapi perkara yang sama seperti mana kebinasaan kaum-kaum terdahulu.

Firman Allah :


Surah Al-a’raf

Hujah saya yang ketiga, ibadah sebagai penghubung antara Allah dan manusia.

Ibadah adalah nilai Islam yang penting sekali yang memainkan peranan yang berkesan untuk mempbina keperibadian  dan memajukan masyarakat . Ibadat merupakan pelan induk yang mengikat antara hamba dengan penciptanya, yang mengawal manusia agar tidak terlepas daripada aqidahnya. Matlamat aqidah dan ibadah adalah melaksanakan tujuan bahawa wujudnya manusia sebagai khalifah Allah adalah untuk membina dan memajukan dunia.
Contohnya dalam perlaksanaan solat , terdapatsatu hubungan rohani dan kebergantungan manusia dengan Allah yang boleh diaplikasi dalam bentuk doa bagi menjayakan suatu perancangan dan pekerjaan.
Kita renungi pula i’tibar dari kisah para sahabat yang menjadikan doa sebagai senjata utama untuk membantu mereka dalam perjuangan menentang musuh dan mencapai keunggulan tamadun ummah zaman silam.

Firman Allah :
(Al-Imran, 147)
Maksudnya :

Ini membuktikan ibadah merupakan satu jalan kea rah mentaqarrubkan diri kepada Allah untuk mencapai satu keunggulan.

Hujah saya yang keempat, Kesempurnaan ibadah mampu memperkukuhkan ekonomi dan kecemerlangan umat.

Kita lihat contoh dalam pelaksanaan ibadah zakat yang menuntut golongan berada mengeluarkan sebahgian harta untuk membantu golongan miskin . Ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab social golongan berada dalam rangka memperbaiki keadaan hidup masyarakat justeru memperkukuhkan ekonomi Negara menuju ke arah kecemerlangan.
Kita soroti sejarah lampau para sahabat yang dermawan seperti abu Bakar dan Saidina Hamzah yang tidak lokek untuk mengorbankan harta kekayaan mereka semata-mata untuk kepentingan dan kecemerlangan perjuangan menyebarkan Islam.

Firman Allah :

Hujah saya yang kelima , kesempurnaan ibadah penyubur ukhuwah Islamiah

Perlaksanaan solat secara berjemaah bleh menjana semangat perpaduan yang boleh memperkukuhkan ukhuwah dan perpaduan ummah.
Begitu juga kalau kita lihat contohnya perlaksanaan ibadat haji di Mekah. Kesatuan dan perpaduan  sebuah ummah jelas pada penyempurnaan ibadat seperti wukuf, tawaf , saie dan sebagainya.
Kita soroti kisah perjuangan Rasulullah bersama orang Ansar dan Muhajirin di Madinah. Kesatuan ummah mampu dicapai mampu dicapai melalui hubungan kerjasama yang erat antara orang ansar dan Muhajirin. Faktornya jelas, kerana ibadat mereka dilakukan dengan penuh kesempurnaan dengan tunjuk ajar dan bimbingan daripada Rasulullah sendiri.

Firman Allah :

Hujah saya yang keenam, Kesempurnaan ibadah mampu membina akhlak mahmudah
Konsep ibadah yang sempurna merangkumi segala kegiatan manusia dari segi rohani dan jasmani. Kombinasi indah inilah yang boleh memandu manusia kea rah merealisasikan sifat-sifat terpuji dalam diri.
Contohnya jelas kita lihat pada prlaksanaan ibadah puasa di bulan ramadhan yang menjurus kepada pembentukan umat yang dihiasi dengan akhlak mahmudah seperti bertaqwa , bersabar dan ikhlas. Sifat-sifat ini dibina melalui perlaksanaan amal kebajikan dan pengekangan diri daripada melakukan apa jua perkara yang boleh membatal atau menjejaskan puasa.
Hadirin hadirat sekelian, kita renungi  akhlak junjungan mulia rasululluah s.a.w. Prof. Hamka berpendapat “Nabi Muhammad merupakan pembangkit revolusi insani yang paling besar di dalam mencari pegangan hidup “.

Firman Allah :


Maksudnya : Sesungguhnya pada Rasulullah satu contoh yang baik.


Hujah saya yang ketujuh, Ibadah sempurna pemupuk hidup berdisiplin
Solat lima waktu yang merupakan rukun Islam yang ke dua berperanan mendisiplinkan umat untuk sentiasa mengingati Allah dan tunduk padanya setiap waktu. Contohnya dalam system pendidikan Negara kita, telah lama diwujudkan program KAFA dan PAFA yang menitikberatkan kemahiran dalam diri pelajar dalam perlaksanaan fardhu ain dalam kehidupan seharian.Program ini tidak lain dan tidak bukan adalah bertujuan untuk mendisiplinkan anak didik dari awal lagi supaya mereka mampu menjadi generasi rabbani yang akan memimpin Negara madani suatu ketika nanti.

Sejarah juga telah membuktikan tokoh ilmuan kita mampu membuka ruang ijtihad dan menghapuskan amalan taqlid hasil daripada disiplin dan didikkan daripada guru dan ulama’ silam.



Insan Berkualiti manjana masyarakat Hadhari
Kesimpulannya untuk mencapai dan merealisasikan satu masyarakat hadhari, sebuah ummah perlulah menitikberatkan pembangunan modal insan yang berkualiti.

Hujah saya yang pertama, di bawah kata kunci memiliki ilmu dan kemahiran

Insan yang berkualiti banyak menjurus kepada insane yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Perhambaan manusia berhubung dengan perhambaan kepada Allah memerlukan hakikat keilmuan sebagai prasyarat untuk memikul tanggungjawab. Ilmu dan kemahiran memampukan insane terus beradadalam perjuangan bagi menyempurnakan amanah yang ditaklifkan.
Rancangan Malaysia ke-9, 2006 hingga 2010 telah menggariskan teras Dasar Pembangunan Modal Insan merangkumi penambahbaikan system pendidikan , Latihan dan pembelajaran sepanjang hayat disamping penekanan terhadap pembangunan Kemahiran Usahawan.
Jika kita soroti lembaran silam, rasulullah amat menitikberatkan keilmuan dan kemahiran dalam mentarbiah para sahabat untuk menjadi insane yang berkualiti.

Sabda Rasulullah :

Maksudnya :” Jadilah orang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu,atau orang yang mendengar ilmu, jangan jadi orang kelima.
Hujah saya yang kedua, di bawah kata kunci insan yang berakhlak mulia.

Insane yang berkualiti tidak sekadar mempunyai ilmu dan kepakaran, keahlian dan profesionalisme yang tinggi, malah dia perlu menjadi pendukung kepada sakhsiah yang tinggi. Sakhsiah yang tinggi penting dihayati kerana cabaran mendatang bukan setakat menuntut kemahiran ilmu , malah menagih kualiti amanah, adil, telus dan tulus pada diri.
Contohnya, Malaysia telah melancarkan pelan integriti Nasional pada April 2004di dalam usaha untuk memerangi gejala rasuah yang semakin melanda Negara.

Intelek Islam terunggul , Ibn Khaldun berpendapat bahawa ketamadunan sebuah kerajaan tidak akan mampu dicapai tanpa modal insan berkualiti yang mempunyai akhlak mulia sebagai penjana.

Firman Allah :

Hujah saya yang ketiga, dibawah kata kunci keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Pembangunan kualiti insane tidak cukup hanya dengan latihan yang bersifat makanistik. Upaya mekanistik akan jadi lebih bermakna jika asas keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dijalin bersama.Keyakinan yang tinggi kepada Allah memjadi penggerak dan pendorong melakukan sesuatu. Apabila nilai dan etika sebati dalam niat dan amalan, maka manifestasi amal akan berjalan seiring.

Contohnya:

Sejarah ketamadunan Islam sendiri telah membuktikan bahawa kecemerlangan tamadun Islam yang pertama di madinah adalah bertitik tolak daripada kekuatan aqidah yang dimiliki oleh para sahabat Rasulullah dari kalangan kaum Ansar dan Muhajirin yang bertungkus lumus memperjuangkan Islam.
Firman Allah :

Hujah saya yang keempat, di bawah kata kunci mempunyai jati diri dan daya saing

Manusia perlu bersedia menghadapi pertarungan  dan persaingan yang mematangkan dalam rangka menyempurnakan tugas khalifatullah di muka bumi, memakmurkan hidup insan di bawah lindungan rahmat Allah serta melaksanakan pembangunan bagi mencapai keredhaannya didunia dan diakhirat. Untuk mencapai matlamat ini , individu perlu mempunyai kekuatan jati diri dan daya saing yang memungkinkan individu tersebut memikul tanggungjawab di atas muka bumi.
Contohnya program latihan Khidmat Negara (PLKN), adalah merupakan satu agenda Negara untuk memperkukuhkan jati diri para remaja untuk menempuh cabaran masa depan.
Begitu juga dalam sejarah, berkat asuhan dan tarbiah daripada Rasulullah, semangat perjuangan dan jati diri yang dimiliki oleh para sahabat seperti saidina Hamzah, saidina Ali dan saidina Umar telah menjadikan mereka sebagai asset terpenting perjuangan Islam kerana mereka tidak gentar dan sanggup mengorbankan jiwa dan harta  ke jalan kebenaran.

Hujah saya yang kelima, dibawah kata kunci keyakinan

Insan yang berkualiti perlu membebaskan diri dari belengu kebergantungan kepada orang lain. Dalam meneruskan perjuangan menjana masyarakat hadhari, modal insan berkualiti perlu juga berteraskan keyakinan dan kepercayaan pada kebolehan sendiri dengan menepis jauh sikap sentiasa mengharapkan pertolongan orang lain.

Atas dasar keyakinan kepada kekuasaan Allah, maka rasulullah junjungan mulia mampu merealisasikan sebuah tamaddun gemilang yang menjadi contoh Negara Islam hingga sekarang.
Begitu juga kita lihat, kemampuan angkasawan pertama kita, Sheikh Muzzafar Syukor .Dengan keyakinan yang ada pada dirinya, dia muncul sebagai angkasawan Negara pertama dan melonjakkan nama Negara di mata dunia.

Firman Allah :


Hujah saya yang keenam, dibawah kata kunci kesihatan yang baik.

Individu yang mempunyai kesihatan dan tubuh badan yang cergas mampu memajukan Negara dan menjana masyarakat menjadi sebuah masyarakat hadhari.
Selaras dengan slogan Negara kita “Rakyat Bersih Negara Sihat”

Sabda Rasulullah S.a.w :

Maksudnya ; Akal yang baik didalam tubuh yang Sihat.

Masyarakatperlu menghindarkan diri dari sebarang gejala social yang banyak berlaku dewasa ini kerana gejala social ini merupakan punca utama berlakunya berbagai jenis penyakit  seperti Aids, HIV, sipilis,jantung, dan sebagainya.

Rasulullah sendiri banyak menganjurkan amalan hidup yang baik dalam kehidupan demi untuk mencapai kesihatan badandan kecerdasan fikiran. Sekiranya individu dalam masyarakat memiliki kesihatan yang baik, nescaya impian untuk mencapai sebuah Negara hadhari bukan setakat impian semata-mata.

Hujah saya yang ketujuh, di bawah kata kunci ukhuwah dan hubungan kasih sayang.

Hadirin dan hadirat sekelian, rasulullah pernah Bersabda :


Jelas di dalam hadis kini menerangkan antara orang yang mendapat keredhaan dan perlindungan dari Allah adalah orang yang berkasih sayang kerana kebaikan. Siapa lagi insane berkualiti selain daripada individu yang mendapat restu Ilahi.
Misi Bantuan ke Darfur, merupakan satu bukti jelas untuk melihat keperihatinan individu di Negara kita terhadap penderitaan saudara semuslim kita disana. Semua ini membuktikan bahawa insane yang berkualiti mampu menjana sebuah masyarakat islam hadhari dari segenap aspek kehidupan.

Kesatuan umat Islam dalam peristiwa hijrah juga menunujukkan bahawa pertolongan insan berkualiti dalam kalangan penduduk Aus dan Khazraj terhadap orang Islam yang berhijrah menunjukkan bahawa insane yang berkualiti mampu merealisasikan ukhuwah dan kasih sayang dalam masyarakat.

Firman Allah :

Maksud: Bantu membantulah kamu dalam kebaikan dan janganlah kamu Bantu membantu dalam keburukan dan dosa.


PendidikanAl-Quran membina Jati diri Insan

Hujah saya yang pertama, Pendidikan Al-Quran melahirkan insan berdisiplin

Hujah saya yang kedua, Pendidikan Al-Quran mampu membina Keyakinan yang jitu.

Terkandung di dalam Al-Quran kisah para Nabi, pandangan tepat tentang hari kiamat dan pendapat lojik tentang falsafah ilmu yang dicari oleh pakar dan penyelidik. Ini menunjukkan Al-Quran merupakan satu ilmu yang tidak mampu sesiapapun untuk meraguinya justeru memberi keyakinan jitu kepada sesiapa yang menuntutnya.
Kita soroti pula peristiwa rasulullah ketika baginda mencabar para cendiakawan dan sasterawan untuk mendatangkan ayat yang sama seperti Al-Quran. Malangnya kerana ketepatan dan kejituan yang ada pada Al-Quran, tiada siapa yang sanggup menyahut cabaran itu. Justeru, kalau Al-Quran penuh di dada, musuh dan lawan lari semuanya.

Firman Allah berbunyi :

Surah Al-Baqarah, ayat 1-2

Hujah saya yang ketiga, Al-Quran mampu menyelamat dan membetulkan insane

Ketinggian dan keagungan Al-Quran sebagai sumber dan dasar kehidupan bagi manusia, akan sentiasa membetulkan dan meluruskan jalan kehidupan kita. Dengan satu ketegasan bahawa selama mana ummat Islam berpaut kuat dan berpegang teguh dengan Al-Quran, selama itulah kita akan selamat dari kesesatanhidup baik di dunia maupun di akhirat.

Sabda Rasulullah ;

Maksudnya :
Aku tinggalkan padamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Al-Quran dan Sunnah rasulullah s.a.w.

Hujah saya yang keempat, Pendidikan Al-Quran memantapkan akhlak

Mengamalkan Al-Quran beerti kita beraqidah dengan aqidah Al-Quran, kita berakhlak dengan akhlak Al-Quran.Semua nilai baik dan cirri-ciri mahmudah mampu mewarnai hidup individu sekiranya dididik dengan didikan yang sempurna dengan Al-quran


No comments:

Powered by Blogger.
 

Followers

Scan Blog Now!

Sponsors